Etnik Rungus merupakan salah satu kaum yang ada di Sabah dan biasanya kaum rungus ini banyak berada di daerah sekitar Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas. Untuk pengetahuan lebih lanjut boleh rujuk di link ini Wikipedia Momogun Rungus
Topik 1: Pakaian Tradisi suku kaum Rungus
Pakaian tradisional etnik Rungus merupakan salah satu pakaian yang sangat unik di mana pemakaian ini dipadankan dengan aksesori yang bersesuaian. Biasanya pakaian tradisi ini akan dipakai sewaktu Majlis perkahwinan,Pesta kaamatan, Pesta magahau dan acara yang bersesuaian. Di bawah merupakan jenis pakaian dan aksesori yang dipadankan bagi melengkapkan pemakaian tradisi ini. (Sumber gambar:Pinterest.com,www.MySabah.com)

|
Baju ini merupakan salah satu pakaian tradisi wanita kaum Rungus sejak dari zaman nenek moyang lagi. Sukolob merupakan pakaian harian yang dipakai oleh semua golongan umur wanita. Ia diperbuat daripada kain hitam yang dipakai sehingga diparas dada dan disimpul ketat di bahagian dada agar tidak mudah terbuka. (Sumber:Freddy Au Photography Facebook) (Sumber gambar; Rooniey Clowzs)
Comments
Post a Comment