Hello..,Di sini saya mahu kongsikan pengalaman sepanjang saya berada dalam tempoh ujian Pegawai Penjara pada beberapa minggu lalu..,Untuk pengetahuan kamu semua terdapat beberapa peringkat yang perlu diperiksa sebelum menempuh ujian fizikal & kecergasan..Antaranya:
1)BMI (Body Mass Index)
Berat dan tinggi mestilah mengikut bmi yang seimbang dan ini juga merupakan salah faktor boleh gagal sekiranya bmi tidak seimbang dimana berat kurang/lebih atau tinggi kurang yang telah ditetapkan..Sekiranya ada yang belum tahu cara pengiraan BMI boleh rujuk link di bawah.BMI CALCULATOR
2)Uji Mata
Mata akan diperiksa terlebih dahulu menggunakan lampu suluh dan dikehendaki gosok secara perlahan manalah tahu ada kanta lekap dipakai masa itu. Sebarang pemakaian kanta lekap tidak dibenarkan sama sekali. Selepas itu,
mata akan diuji mengikut jarak yang telah ditentukan dan peserta dihendaki menyebut huruf-huruf yang bersaiz sederhana dan kecil yang dilekat di dinding. Dalam ujian ini juga mata akan diuji sama ada peserta mengalami buta warna atau tidak. Gambar di bawah merupakan contoh ujian mata yang dijalankan.
Google Image |
Google Image |
3)Periksa Cek pergelangan tangan & kaki/kawad
4)Ujian Fizikal: 4x10(lari ulang alik), lompat jauh berdiri, sit up dan larian 2.4km
Dua peringkat ini tidak dapat kongsi lebih lanjut memandangkan saya gagal bahagian mata..Mungkin bukan nasib saya buat masa ini tapi lain kali pasti ada.
Selepas 8/9 tahun isi dan kemas kini maklumat diri di SPA8i baru ada hasil di sana..,Walaupun gagal rasa bersyukur sangat diberikan peluang untuk ikut serta ujian ini.
Comments
Post a Comment