Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

2 JENIS PAKAIAN INSPIRASI DARI CORAK (ETNIK RUNGUS)

Pada masa kini, pakaian tradisi etnik Rungus banyak digunakan sebagai rujukan kepada pereka fesyen khususnya orang Sabah sendiri dalam menengahkan unsur tradisi dalam pakaian moden yang mereka cipta. Banyak pakaian yang telah dicipta sangat kreatif dan digunakan dalam acara tertentu seperti acara setiap tahun yang hanya diraihkan di Negeri Sabah. Iaitu perayaan Pesta Kaamatan. Gambar dibawah merupakan contoh pakaian  yang diperagakan oleh peserta Unduk Ngadau.  Selain itu, dress yang di inspirasi dari etnik juga di pakai semasa acara formal, tunang, kahwin atau yang sesuai dengan sesuatu majlis yang diadakan. Gambar dibawah merupakan antara contoh pakaian yang berdasarkan corak pakaian sesuatu etnik itu. DRESS/CONTEMPORARY DRESS Sumber:Google Imej Sumber:Google Imej Sumber: April Olin FB Sumber: April Olin FB T-SHIRT T-shirt juga banyak di reka berdasarkan  motif atau corak bagi setiap pakaian tradisi etnik yang ada di Sabah. Rekaan yang pelbagai mem

Pakaian Tradisional Kaum Rungus (Perempuan)

Etnik Rungus merupakan salah satu kaum yang ada di Sabah dan biasanya kaum rungus ini banyak berada di daerah sekitar Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas. Untuk pengetahuan lebih lanjut boleh rujuk di link ini  Wikipedia Momogun Rungus Topik 1: Pakaian Tradisi suku kaum Rungus Pakaian tradisional etnik Rungus merupakan salah satu pakaian yang sangat unik di mana pemakaian ini dipadankan dengan aksesori yang bersesuaian. Biasanya pakaian tradisi ini akan dipakai sewaktu Majlis perkahwinan,Pesta kaamatan, Pesta magahau dan acara yang bersesuaian. Di bawah merupakan jenis pakaian dan aksesori yang dipadankan bagi melengkapkan pemakaian tradisi ini. (Sumber gambar:Pinterest.com,www.MySabah.com)                 Info Tambahan: SUKOLOB Baju ini merupakan salah satu pakaian tradisi wanita kaum Rungus sejak dari zaman nenek moyang lagi. Sukolob merupakan pakaian harian yang dipakai oleh semua golongan umur wanita. Ia diperbuat daripada kain hitam yang di